RSS

Mahu Menjadi Model Ternama ?

07 Apr

“Kenapa ada orang suka kumpul pengikut di Instagram, Facebook dan Twitter? Buka boleh buat duitpun.” Kenyataan ini mungkin boleh digunapakai sekarang tetapi kini ianya tidak lagi relevan. Sekiranya anda mahu menjadi model ternama, jumlah pengikut di media sosial sekarang menjadi antara ukuran utama yang dilihat oleh majikan sebelum melihat rupa dan bakal bakat peragaan anda. Kebanyakan jenama-jenama antarabangsa kini hanya akan mengambil model yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 000 pengikut di media sosial. Penekanan diberikan kepada model yang mempunyai ramai pengikut di Instagram. Ini bagi memastikan pakaian yang dipakai oleh model akan dilihat oleh orang ramai secara lebih meluas. Bayaran peragaan yang dikenakan kini termasuk kos menggayakan pakaian terkini di media sosial. Jika pada dekad 90an dunia mula mengenali istilah Supermodel, zaman peranti pintar wujud pula Instamodel. Ini adalah model-model yang lebih terkenal di media sosial sebelum muncul di media arus perdana. Apa yang berlaku ini semestinya tidak mengejutkan. Di dunia pasca peranti pintar kita lebih mudah melihat produk baru di media sosial terlebih dahulu dari di dalam majalah ataupun televisyen. Apple Watch sebagai contoh diberikan terlebih dahulu kepada artis terkemuka dengan puluhan juta pengikut sebelum dijual kepada umum. Artis Hip Hop Pharrell, Beyonce dan Katy Perry digunakan oleh Apple sebagai duta bagi menaikkan prestij Apple Watch sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Di Malaysia fenomena ini masih belum berkembang tetapi kami sudah mula melihat selebriti media sosial mula menerima pendedahan di media arus perdana. Selebriti media sosial seperti Wak Doyok, Felixia Yeap. Hanis Zalikha dan Mat Lutfi adalah tiga contoh selebriti yang mencipta nama di atas talian sebelum muncul di dada akhbar. Sebuah anugerah popular tahunan yang ditaja akbar tempatan juga kini mempunyai kategori khas untuk personaliti media sosial. Jadi bagaimana pula dengan anda? Berapa puluh ribu pengikut di laman sosial? Siapa sangka media sosial yang dahulunya dianggap medium membuang masa kini boleh membantu kerjaya anda. Dunia sememangnya sudah berubah.

 
Leave a comment

Posted by on April 7, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s