RSS

PowerWall : Power Bank Untuk Rumah Dihasilkan Oleh Tesla

07 Apr

Tesla memperlihatkan power bank untuk kegunaan rumah yang diberi nama Powerwall. Bateri untuk rumah ini diharap akan memudahkan pengguna untuk menggunakan sumber elektrik lestari seperti tenaga solar. Setiap Powerwall mempunyai kapasiti di antara 7-10 kWj. Ini adalah cukup untuk membekalkan sumber elektrik kepada sebuah rumah di Malaysia sepanjang hari tanpa henti. Menurut data pada tahun 2012, rumah di Malaysia secara purata menggunakan 8.4 kWj tenaga elektrik sehari. Apa yang membuatkan Powerwall unik berbanding sistem bateri sebelum ini ialah harganya yang “mampu milik”. Setiap Powerwall dijual pada harga hanya $3000 (RM 11 000) sebuah. Ini adalah jauh lebih murah berbanding pek bateri yang kini berada di pasaran. Pemilik Powerwall juga boleh menurunkan kos penggunaan elektrik kediaman mereka kerana ia boleh dicas pada waktu malam yang mengenakan tarif elektrik yang lebih murah. Selepas dicas, rumah boleh berfungsi seperti biasa terus melalui Powerwall. Selain Powerwall, Tesla turut memperlihatkan Powerpack dengan kapasiti 100 kWj. Ia dihasikan untuk kegunaan industri seperti ladang tenaga solar dan kincir udara yang semakin banyak digunakan di negara membangun. Apa yang membuatkan teknologi Powerwall dan Powerpack semakin menarik ialah Tesla menjadikannya teknologi sumber terbuka. Kesemua pihak yang berminat boleh menggunakan teknologi ini tanpa sebarang bayaran royalti. Kebergantungan manusia kepada tenaga fosil adalah sebab utama mengapa tahap pencemaran sekarang di tahap kritikal. Pemanasan global dan pencairan kutub ialah masalah yang bakal menghantui cucu cicit kita kelak. Negara pesisir seperti Bangladesh, Kepulauan Solomon dan Malaysia akan terjejas teruk apabila paras laut meningkat. Usaha Tesla untuk menggalakkan penggunaan teknologi lestari harus dipuji. Jika Tony Stark mahu melestarikan dunia dengan menggunakan Arc Reactor. Elon Musk pemilik Tesla ingin melestarikan dunia dengan Powerwall.

 
Leave a comment

Posted by on April 7, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s