RSS

CHAMP : Senjata Denyutan Elektromagnet Tentera Udara Amerika Syarikat

12 Apr

Senjata denyutan elektromagnet (EMP) adalah senjata fiksyen yang boleh ditemui di dalam dunia permainan video dan filem. Di dalam Call of Duty Modern Warfare serangan senjata EMP Russia melumpuhkan Amerika Syarikat bagi memudahkan penaklukan mereka. Di dalam filem Matrix pula senjata EMP digunakan Morpheus bagi menghalang robot memusnahkan kapal Nebuchadnezzar . Sungguhpun EMP adalah realiti, senjata berasaskannya sebelum ini hanyalah fiksyen sains. Satu-satunya cara untuk menghasilkan EMP adalah dengan menggunakan ledakan nuklear. Tentera Udara Amerika Syarikat dengan kerjasama Boeing kini sudah berjaya menghasilkan senjata EMP yang menggunakan penjana gelombang mikro di dalam peluru berpandu. Di dalam ujian yang telah dilakukan, sebuah bilik berisi puluhan komputer berjaya dipadamkan dengan serangan peluru berpandu EMP.  Projek sistem senjata EMP ini diberi nama Counter-electronics High-powered Microwave Advanced Missile Project (CHAMP).Projek ini sudah berlangsung sejak 2012 dan kini semakin hampir kepada penggunaan di dunia sebenar. Peluru berpandu konvensional JASSM ER diubah suai bagi membawa penmacar gelombang mikro CHAMP. Dengan penggunaan misil JASSM ER, kesemua pesawat pengebom dan penyerang milik Tentera Udara Amerika Syarikat boleh melancarkan serangan elektronik terhadap musuh. Penggunaan senjata ini membenarkan tentera Amerika untuk melumpuhkan sistem radar, senjata, perhubungan dan stesen janakuasa musuh tanpa menggunakan bahan letupan. Kematian orang awam akan berjaya dielakkan. Seperti yang berlaku di dalam konflik Balkan pada dekad 90an, rakyat Serbia menjadi perisai manusia mempertahankan aset  kepunyaan tentera Serbia. Serangan bom bagi memusnahkan aset ketenteraan ini tidak boleh dilakukan. Semakin hari semakin banyak senjata fiksyen dari permainan video menjadi realiti. Sebelum ini kami ada melaporkan Prism Tank  dan Striker VX dari permainan Command and Conquer versi sebenar sedang dibangunkan oleh tentera Amerika Syarikat. Apakah senjata fiksyen yang akan menjadi realiti kelak? Kami masih berharap Kirov akan menjadi realiti. Semoga Russia memenuhi impian fantasi ini kelak.

 
Leave a comment

Posted by on April 12, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s