RSS

Sony Televisyen BRAVIA Berasaskan Android

12 Apr

Terdapat pelbagai telefon pintar berasaskan Android di pasaran hari ini, dan hari ini, Sony Malaysia secara rasminya memperkenalkan siri televisyen terbaru mereka berasaskan kepada Android TV untuk pasaran tempatan. Melalui siri Android TV dibawah keluarga BRAVIA yang ditawarkan oleh Sony Malaysia, mereka menawarkan model pada saiz bermula 43-inci sehingga sebesar 75-inci. Untuk makluman, siri televisyen ini telah diperkenalkan secara rasminya oleh pihak Sony pada awal tahun 2015 ini. Untuk pasaran tempatan, siri TV ini turut dioptimasikan untuk menyokong siaran digital yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi. Sony turut mengatakan mereka melengkapkan televisyen ini dengan cip pemprosesan khusus daripada mereka, dinamakan sebagai 4K Processor X1. Seperti pada namanya, ia menyokong paparan video pada resolusi 4K, dan daripada perbandingan yang diperlihatkan Sony, siri TV BRAVIA yang baru ini membawakan paparan yang lebih jelas dan terang jikalau dibandingkan dengan pesaing lain di pasaran. Turut menjadi fokus pada pengenalan televisyen baru BRAVIA ini adalah model dibawah siri X900C yang membawakan ketebalan hanya 4.9-mm sahaja – dimana lebih nipis berbanding beberapa telefon pintar di pasaran hari ini. Dari segi perisian, BRAVIA 2015 yang diperkenalkan ini dilengkapi dengan sokongan Android TV, membolehkan para pengguna menikmati integrasi dengan peranti pintar dan menikmati kandungan melalui Google Cast, selain turut membuat carian berasaskan suara melalui fungsi Google Voice Search. Pengguna turut boleh menikmati sejumlah aplikasi daripada Play Store. Fungsi Google Play Movies masih tidak diaktifkan lagi pada siri televisyen ini memandangkan Google masih tidak menyokong pasaran tempatan untuknya. Di Malaysia, Sony BRAVIA dengan sokongan Android TV ini dijual pada harga bermula RM3999 untuk model paling asas, dan membawakan harga setinggi RM39999. Tiga versi model ditawarkan, iaitu model flagship dibawah siri X9400C (75-inci) dan juga X9000C (dengan skrin 55-inci serta 65-inci), model kelas pertengahan X8500C dengan pilihan skrin 55-inci dan 65-inci, serta model kelas asas X8300C dengan pilihan saiz skrin 43-inci dan 49-inci.

 
Leave a comment

Posted by on April 12, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s