RSS

Cradle & OSK Ventures Membuat Pelaburan Bersama

14 Apr

Bermula tahun lepas Cradle Fund telah giat mencari pelabur bersama bagi melabur untuk startup melalui Matching Investment (Pelaburan Bersama) dan salah satu rakan kerjasama terawal adalah OSK Ventures International. Pada hari ini mereka mengumumkan startup terawal dalam pelaburan bersama mereka, iaitu Sync dan MauKerja. Setiap startup iaitu Sync dan MauKerja masing-masing menerima pelaburan sekitar RM 1 Juta dari Cradle Fund dan juga OSK Ventures. Terdahulu kedua-dua startup ini telah menyertai acara pitching yang diadakan oleh Cradle iaitu iaitu PitchIt. Dana pelaburan ini akan digunakan bagi melipatgandakan usaha dalam pemasaran serta menambah tenaga kerja bagi menyokong operasi yang kian bertambah. Dengan pelaburan ini juga Cradle dan OSK Ventures International akan memegang ekuiti pada kedua-dua startup ini. Sync ialah startup yang membangunkan perisian bagi guru dan ibubapa untuk berkomunikasi berbincang mengenai pembelajaran serta kemajuan anak mereka di sekolah. Dengan perisian sebegini, ibubapa dapat memantau dan membantu guru dalam mendidik anak mereka. Secara mudahnya mereka ingin merevolusikan ‘Persatuan Ibu Bapa dan Guru’ dan membawanya ke arena digital. Sehingga kini 70 buah sekolah terutamanya sekolah berasrama penuh telah mula menggunakan aplikasi ini. Startup kedua yang menerima pelaburan sekitar RM 1 Juta ialah Maukerja. MauKerja merupakan portal pencarian kerja namun mempunyai fokus berbeza berbanding yang lain, iaitu kepada pekerjaan berpendapatan rendah. Maukerja juga turut menyediakan fungsi seperti mengingatkan pemohon pekerja mengenai jarak diantara rumah mereka dan juga lokasi tempat kerja syarikat yang dipohon. Dengan dua startup yang diumumkan pada hari ini telah mendapatkan pendanaan bersama dari Cradle dan OSK Ventures International, lebih banyak lagi startup tempatan yang bakal menerima pendanaan dari Cradle dan juga rakan kerjasama mereka yang lain melalui Matching Investment . Sekiranya anda startup yang inginkan Matching Grant ini, boleh lawati laman web Cradle atau ikuti akaun Twitter dan halaman Facebook mereka untuk mengetahui aktiviti-aktiviti sebegini yang akan diadakan.

 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s