RSS

Mesin “ATM” Mengeluarkan Air Diperkenalkan Di Pakistan

14 Apr

Krisis air Lembah Kelang tahun lalu menyukarkan jutaan penduduk yang terkesan dengan pemotongan bekalan air secara berjadual. Jelas sekali sumber air bersih yang kita terima adalah sumber yang semakin berkurangan. Gabungan pemotongan kawasan tadahan air dan pembaziran oleh pengguna sendiri menyumbang kepada krisis air. Jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera masalah pemotongan air kerana kekurangan sumber akan menjadi sebahagian daripada rutin harian kita di masa hadapan. Di Pakistan masalah membekalkan air bersih pada jumlah yang sepatutnya adalah masalah yang sudah berdekad lamanya. Jutaan penduduk masih tidak mendapat bekalan air paip terus ke dalam tempat kediaman akibat kekurangan infrastruktur. Oleh itu paip air komuniti digunakan oleh mereka untuk mendapatkan sumber air setiap hari. Seperti di Malaysia masalah pembaziran masih berlaku. Oleh sebab itu mesin “ATM” yang mengeluarkan air dicipta. Sebanyak 20 mesin ATM air bertapis dari sumber bawah tanah ini akan dibina untuk kegunaan lebih 17000 penduduk. Sistem penapisan menggunakan kuasa solar sepenuhnya. Setiap keluarga akan menerima kad khas yang menghadkan penggunaan 30 liter air sehari. Dengan adanya “kredit air” pembaziran diharap dapat dihentikan. Dengan pemberian kad khas, pihak berkuasa tempatan akan mempunyai data lebih tepat penggunaan air setiap kawasan. Ini dapat membantu perancangan infrastruktur air dan kiosk ATM air lain di masa hadapan. Buat masa ini sistem ATM air ini diperkenalkan di tiga daerah di Punjab. Tiga kawasan ini dipilih kerana mempunyai masalah bekalan air bersih paling kritikal di seluruh Pakistan. Hanya 13% dari 98 Juta penduduk Punjab mempunyai akses kepada bekalan air paip di rumah. Mesin ATM mengeluarkan air mungkin kedengaran seperti sebuah idea gila. Tetapi tahukah anda dalam masa 30 tahun nilai setitik air akan menjadi lebih berharga dari setitik minyak. Letusan populasi dunia, pengurangan kawasan tadahan air, pencemaran dan cuaca dunia yang semakin huru hara akan membuatkan air bersih menjadi sumber semula jadi paling berharga tamadun manusia.

 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s