RSS

Category Archives: eCommerce

Lazada Akan Menawarkan PS4 (RM1599) & iPad Air LTE (RM1999)

Pada 12 Disember ini, pihak Lazada Malaysia akan mengadakan sebuah jualan khas dinamakan sebagai “The Online Revolution“, dimana mereka akan menawarkan pelbagai diskaun dan potongan harga untuk barangan yang dijual melalui Lazada Malaysia. Antara barangan yang ditawarkan adalah PlayStation 4 dan juga iPad Air LTE. Lazada Malaysia menawarkan PlayStation 4 dalam bentuk pra-tempahan pada harga RM1599 dan akan menghantarnya dalam masa 10 ke 20 hari selepas itu. Memandangkan harga jualan rasmi di Malaysia adalah RM1799, pengguna boleh jimat RM200 melalui jualan tersebut. Selain itu, khusus untuk pembeli yang menggunakan kad kredit Visa, mereka akan mendapat diskaun tambahan sebanyak 15%, menjadikan harga jualan akhirnya hanya RM1359.15. Pihak Lazada Malaysia juga turut menawarkan tablet terbaru daripada Apple, iaitu iPad Air versi LTE dan ditawarkan pada harga RM1999 untuk versi 16GB. Lazada Malaysia juga dijangka akan turut menawarkan pelbagai peranti berjenama lain, termasuk komputer daripada HP, dan juga peranti daripada Lenovo, Kenwood, dan juga Fujifilm. Diskaun tambahan, hanya menggunakan kad kredit Visa sahaja dan akan dikira untuk pembelian pada 12 Disember 2013 sahaja.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 12, 2013 in eCommerce

 

Laman PitchIN Dengan Antaramuka Baru

Laman PitchIN.my hari ini memperkenalkan rekabentuk antaramuka yang baru lebih kemas, serta pada masa yang sama memulakan proses mengumpulkan dana untuk pelbagai projek yang terdapat pada laman tersebut. Buat masa ini, sebanyak 6 projek disenaraikan, dimana kebanyakkan terdiri daripada penerbitan. Bagi yang tidak kenali akan PitchIN, ia membawakan konsep yang menyerupai KickStarter, membolehkan seseorang mengumpulkan dana dengan mudah untuk sesuatu projek yang bakal dibangunkan oleh mereka. Daripada dana yang dikumpulkan, pihak PitchIN mengambil wang pemprosesan sebanyak 5%, dan sekiranya sesuatu pengumpulan dana itu gagal, semua wang yang dikumpulkan akan dikembalikan kepada pemilik asal mereka. Namun, seperti versi asal, kemaskini rekabentuk ini juga mempunyai pelbagai kekurangan, dimana sepatutnya disiapkan sepenuhnya sebelum dilancarkan kepada umum. Walaupun PitchIN telah mula aktifkan kebolehan untuk menyumbang wang untuk sesuatu projek, tetapi ia masih tidak mengaktifkan halaman profil untuk penyumbang tersebut. Perkara ini sekaligus menyukarkan untuk pengguna yang ingin menyumbang untuk mengetahui apakah projek-projek yang telah mereka sertai. Pada masa yang sama, apa yang menjadi kekurangan adalah dimana kita boleh membuat sumbangan tanpa perlu log masuk. Tetapan pada halaman PayPal juga adalah tidak betul dengan apa yang dipaparkan pada sistem mereka. Sebagai contoh, projek memaparkan tempoh sehingga 60 hari untuk mengumpulkan dana, tetapi tetapan PayPal dibuat tamat tempoh dalam masa 30 hari. Berbeza dengan Kickstarter ia hanya mengenakan caj selepas projek tersebut tamat dan berjaya. Disamping itu, projek yang dipaparkan juga tidak menyertakan sasaran dana yang diperlukan oleh mereka. Malah siapakah disebalik halaman PitchIN sendiri adalah kurang diterangkan pada halaman tersebut. Terdapat beberapa perkara lain yang turut sama perlu diberi perhatian oleh pembangun supaya para pengguna tidak begitu was-was dalam menyokong projek yang tersenarai, dan sebagainya.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2012 in eCommerce

 

Rocket Internet Kini Membolehkan Anda Membeli Perabot Melalui Internet Di Home24.my

Nampaknya, selain daripada laman untuk peminat fesyen, Zalora ataupun laman untuk peminat peralatan elektronik, Lazada – kini, Rocket Internet terus memperkukuhkan kedudukan mereka di arena industri jual beli tempatan dengan menawarkan laman Home24 yang memfokuskan kepada dekorasi didalam rumah. Laman yang telah aktif untuk lebih kurang seminggu ini membolehkan anda membeli perabot, peralatan dekorasi rumah, dan sebagainya dengan mudah terus secara atas-talian, tanpa perlu singgah ke kedai seperti sebelumnya. Pada masa yang sama, tiada sebarang caj dikenakan untuk penghantaran barangan ke rumah, disamping para pengguna juga turut boleh mendapatkan wang kembali (dalam bentuk baucer) sekiranya mereka mendapati barangan yang dijual di Home24 lebih mahal daripada penjual yang lain. Dengan pelancaran Home24 di Malaysia ini, seterusnya, tidak lama lagi pihak Rocket Internet bakal melancarkan Price Panda, salah satu perkhidmatan untuk anda membandingkan harga jualan dan sebagainya dengan mudah. Namun, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi.

 
Leave a comment

Posted by on May 26, 2012 in eCommerce