RSS

Category Archives: Programming

Laman Web Untuk Programmer

Terdapat pelbagai bahasa pangaturcaraan yang digunakan di dalam arena IT pada hari ini. Seperti biasa, terdapat beberapa medium untuk mempelajarinya samaada secara berbayar ataupun secara percuma. Disini kami himpunkan beberapa laman yang berguna untuk mereka yang ingin mula belajar mengenainya. Antaranya adalah Codecademy. Ia menawarkan cara interaktif untuk pembelajaran dan mula belajar dari asas bagi sesuatu bahasa pengaturcaraan yang dipilih. Layari : Codecademy. Bercakap mengenai pembelajaran online, semestinya salah satu laman yang tidak boleh dilupakan adalah Khan Academy. Seperti beberapa subjek, Khan Academy turut menyediakan ruangan khas untuk subjek berkaitan pengaturcaraan. Pengguna boleh mempelajari dan mengikut latihan asas yang terdapat padanya. Layari : KhanAcademy CS. Berbeza dengan dua laman sebelum ini, Runnable menawarkan koleksi kod-kod pengaturcaraan, dan berfungsi seperti “YouTube untuk kod”. Pengguna boleh membuat carian kod berdasarkan kepada bahasa pangaturcaraan yang dikehendaki, dan merujuknya untuk tujuan pembelajaran. Layari : Runnable. Programmr pula lebih memfokuskan kepada aktiviti penilaian, membolehkan pengguna menyemak dan menilai pengetahuan mereka mengenai pangaturcaraan. Layari : Programmr. Selain itu, salah satu laman utama yang menjadi rujukan ramai adalah StackOverflow, dimana ramai ahli komuniti membantu satu sama lain bagi mengatasi masalah yang dihadapi ahli lain, dan berfungsi sebagai sebuah forum untuk tujuan pertanyaan. Layari : StackOverflow. Selain daripada laman-laman ini, terdapat beberapa laman yang lain yang turut sama membantu pengguna mempelajari ilmu berkenaan pengaturcaraan. Sekiranya anda mempunyai laman pilihan lain, jangan lupa berkongsi bersama kami mengenainya.

 
Leave a comment

Posted by on October 9, 2013 in Programming

 

Greasemonkey Dan Userscripts

Bagi kebanyakkan pengguna pelayar web mungkin sedia maklum mengenai userscripts pada Greasemonkey. Tetapi, bagi yang tidak menggunakannya, semestinya anda ingin mengetahui kegunaan ia pada pelayar web. Pembangunan laman web pada hari ini banyak menggunakan HTML dan juga JavaScript dalam menguruskan pelbagai jenis elemen pada sesuatu laman dan kadang-kala beberapa elemen agak menganggu pelayaran. Userscript dan juga Greasemonkey ini membantu mengatasinya, dimana ia membolehkan anda mengubah beberapa elemen pada laman web, dan mendapatkan pengalaman penggunaan web yang menarik. Greasemonkey merupakan salah satu add-on untuk pelayar web Firefox, membolehkan pengguna menguruskan pelbagai jenis userscript yang digunakan. Muat-Turun Dan Pasang Add-On Greasemonkey pada Firefox. Terdapat ribuan userscript di arena web ini, dan salah satu laman yang menjadi pusat rujukan utama adalah Userscripts.org. Sebaik sahaja anda selesai memasang Greasemonkey, anda boleh terus ke laman UserScripts.org, dan menambah beberapa userscripts yang disukai anda, dan mengubah beberapa elemen pada sesuatu laman itu. Anda juga boleh menggunakan sokongan carian pada Userscripts.org dalam membuat pilihan yang menarik, dan menjadikan pelayaran web anda memenuhi citarasa anda sendiri. Pada Google Chrome, userscripts boleh dipasang dengan mudah tanpa memerlukan sebarang add-on tambahan, dimana pengguna hanya perlu simpan fail userscripts pada komputer (save), kemudian ke halaman Extensions (Tools > Extensions), dan seterusnya drag-dan-drop pada halaman tersebut. Userscripts kemudiannya akan dipasang secara automatik pada pelayar web Chrome anda.  Walaubagaimanapun, memandangkan ia dipasang pada pelayar web anda dan anda melayari melalui komputer lain, maka ia akan kembali ke asal, dan bukannya seperti pada pelayar web di komputer anda.

 
Leave a comment

Posted by on January 29, 2013 in Programming

 

Aktiviti Pembangunan Dan Godam Atas Bas Bakal Diadakan Hujung Minggu Ini

Bagi para pembangun aplikasi, pengodam mahupun yang gilakan dunia teknologi, mungkin anda sedia kenali akan angka 1337 yang disebut sebagai Leet. Kini, menggunakan nama tersebut, sebuah siri pengodaman dan pembangunan aplikasi menarik bakal diadakan, dan siri pertamanya bakal dijayakan pada hari Sabtu ini. Melaluinya, para pembangun aplikasi, pengaturcara dan sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian, dimana mereka akan memulakan perjalanan daripada Kuala Lumpur, dimana pelbagai aktiviti menarik akan dilakukan dalam bas. Seperti biasa, ia akan dimulakan dengan pembentukan kumpulan (Dari tiga ke lima orang), dan kemudian mengeluarkan idea, dan membangunkan apa yang dirancang. Aktiviti tersebut kelak akan berjalan dalam bas, dalam perjalanan ke Cyberjaya, dan kembali ke Kuala Lumpur. Ia disasarkan, perkara dan idea yang dirancang dapat disiapkan dalam masa kurang 12 jam, dan kebanyakkan aktiviti menarik dilakukan dalam perjalanan mereka dalam bas. Memandangkan 1337 ini berlaku didalam bas, tempat yang ditawarkan untuk pembangun, pengaturcara mahupun sesiapa sahaja adalah terhad kepada 40 orang. Sekiranya anda berminat, mungkin boleh mendaftarkan diri anda hari ini, dan menyertai bersama yang lain melalui perjalanan dengan pelbagai aktiviti godaman.

 
Leave a comment

Posted by on May 20, 2012 in Programming, Security

 

Kod Sumber Dan SDK Tizen 1.0 Dilepaskan

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan sistem operasi dan platform mudah-alih, semestinya mengetahui akan perkembangan Tizen, salah satu projek yang dibangunkan bersama dengan sokongan pelbagai gergasi besar, termasuk Linux Foundation, Intel dan juga Samsung. Dan hari ini, mereka secara rasminya telah melancarkan Tizen 1.0 (Larkspur).


Tizen 1.0 (Larkspur) merupakan kod stabil pertama yang dikeluarkan pembangun platform operasi tersebut, sekaligus membolehkan para pembangun mula membangunkan aplikasi mereka melalui sokongan SDK yang disediakan untuk Tizen 1.0. Walaubagaimanapun, buat masa ini, peranti yang menggunakannya masih belum diperkenalkan lagi. Namun, dengan pelancaran versi stabil pertama ini, mungkin kita boleh mensasarkan ianya bakal dilancarkan kepada umum dalam beberapa bulan lagi.

 
Leave a comment

Posted by on May 4, 2012 in App, Programming

 

Khan Academy – Tambah Pengetahuan Melalui Pembelajaran Berasaskan Video

Bagi para pengguna internet tegar, Khan Academy merupakan salah satu perkara yang diketahui, dan menjadi rujukan apabila ingin menambah pengetahuan berkaitan dengan Matematik, Sains dan sebagainya. Sebelum ini, mereka juga turut sama menawarkan aplikasi untuk iPad, untuk memudahkan lagi para pengguna mengikuti pembelajaran terus daripada tablet popular itu. Bagi yang tidak mengenali akan Khan Academy, ianya merupakan salah satu projek yang dimulakan oleh Salman Khan dalam usaha untuk membantu sepupu beliau berkenaan topik berkaitan Matematik. Setelah memulakannya dengan memberi bantuan melalui panggilan video, untuk memudahkan tugas beliau, sebuah video berkaitan dengan topik Matematik telah dimuat-naik ke laman YouTube beliau, dan sejak daripada itu, dengan pertambahan pengguna yang bertanyakan soalan, mahupun memberikan sokongan dan pujian untuk video tersebut, kini Khan Academy telah menjadi salah satu laman rujukan terkemuka di web. Selain daripada bantuan pengajaran berasaskan video, melalui laman Khan Academy juga, latihan disediakan, membolehkan mereka yang telah mengikuti sesuatu topik itu membuat latihan, dan memahaminya secara mendalam sebelum meneruskan kepada topik yang lain. Bagi anda yang gemar akan topik Matematik, mahupun mempunyai anak-anak atau adik-adik yang sedang dalam bangku sekolah mahupun universiti, mungkin anda boleh kenalkan laman Khan Academy ini, sekaligus membantu mereka mendalami pelbagai topik pembelajaran dari hari ke hari.

 
Leave a comment

Posted by on April 7, 2012 in App, Programming

 

Pelajari Bahasa Pengaturcaraan Ruby Dengan Mudah Melalui Hackety Hack

Pada acara WebCampKL yang lepas, salah satu perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan bahasa pengaturcaraan. Memandangkan kini salah satu bahasa pengaturcaraan yang semakin meningkat popular dari hari ke hari adalah Ruby, mungkin kini para pembangun mahupun mereka yang terlibat dalam industri ini mempelajarinya sebagai salah satu keperluan semasa. Untuk memudahkan mereka yang ingin mempelajari Ruby, salah satu program yang memudahkan anda mempelajarinya adalah Hackety Hack, yang menawarkan pembelajaran Ruby dengan mudah dan interaktif pada Windows, Mac dan juga Linux. Hackety Hack juga turut menawarkan kemudahan bagi para pengguna yang tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam dunia pengaturcaraan untuk turut mempelajari Ruby melaluinya. Buat masa ini, bilangan tutorial yang disediakan mungkin terhad, dan pembangunnya mensasarkan untuk menambahnya dari masa ke semasa. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Hackety Hack, dan mula mempelajari bahasa pengaturcaraan Ruby melalui desktop anda hari ini. Sekiranya anda sudah biasa dengan Ruby, anda juga boleh menyumbangkan tutorial dan sebagainya melalui laman GitHub yang disediakan.

 
Leave a comment

Posted by on April 1, 2012 in App, Programming

 

Create Your Own Free Flash Website

Wix allows you to create your own Flash Website without programming. Excellent place to create the free code you need to upload. No programming, downloading or knowledge of flash is required.

 
Leave a comment

Posted by on January 24, 2012 in Programming