RSS

Category Archives: Software

BitTorrent Hadir Dengan Format Baru

BitTorrent setelah memperkenalkan beberapa perkhidmatan baru pada tahun ini, kini turut hadir dengan salah satu perkhidmatan dan format multimedia baru memfokuskan kepada pembangun kandungan, melalui BitTorrent Bundle. Menurut BitTorrent, Bundle adalah salah satu format multimedia, dimana ia membolehkan pengguna berinteraksi seperti mengumpulkan emel atau derma, dan menariknya segalanya berlaku didalam fail torrent berkenaan. Sebagai pengenalan, mereka bekerjasama dengan pihak Ultra Music, bagi menawarkan beberapa kandungan, serta memberikan idea bagaimanakah ia akan berfungsi sepenuhnya. Melalui penggunaan ini, ia membolehkan pengguna menikmati sebahagian daripada kandungan secara percuma, dan sebahagian lagi dengan berinteraksi, seperti memasukkan emel ataupun membuat derma. Biasanya ia dilakukan diluar fail berkenaan, membuatkan sesuatu fail itu mudah diedarkan oleh pihak lain, tetapi melalui Bundle, ia berlaku dalam fail, sekaligus menguntungkan pembangun dan pemilik kandungan. Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih lagi pada peringkat awal, dan lebih banyak penambahan akan disertakan pada BitTorrent Bundle dari hari ke hari. Bagi mereka yang ingin melihat bagaimana ia berfungsi, boleh mendapatkan dan memuat-turun kandungan khas yang disediakan oleh Ultra Music.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on May 9, 2013 in Software, Tools

 

BitTorrent Sync Dalam Bentuk Alpha

BitTorrent sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan BitTorrent Sync dalam bentuk ujian tertutup. Setelah beberapa minggu, kini pihak BitTorrent membuka penggunaan perkhidmatan tersebut kepada semua, sekaligus membolehkan orang ramai mengujinya dan menggunakannya sebelum dilancarkan dalam bentuk stabil. BitTorrent Sync, seperti pada namanya, memfokuskan untuk menyelarikan fail pada pelbagai komputer. Walaupun beberapa perkhidmatan sedia menawarkan sokongan seumpamanya, BitTorrent Sync hadir dengan keunikkan sendiri dimana menggunakan teknologi BitTorrent dalam menjayakannya. Sebaik sahaja anda selesai memasangnya, BitTorrent Sync akan memberikan sebuah kod unik untuk digunakan pada pelbagai peranti anda. Anda juga boleh menjana kod unik khas untuk setiap folder sekaligus memudahkan anda berkongsi folder dengan pengguna lain. Anda memerlukan dua peranti dengan akses internet pada sesuatu masa untuk membolehkan pemindahan dan penyelarian fail dan folder dilakukan. Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turun perisian tersebut. Muat-Turun BitTorrent Sync Alpha.

 
Leave a comment

Posted by on April 26, 2013 in App, Software

 

Mega Offers 50GB of Storage for Free

Want more cloud storage space? Of course you do, Kim Dotcom, the founder of Megaupload, has announced the arrival of its cloud storage service, Mega, and it comes with a whopping 50GB of free storage. Mega may seem like your typical cloud storage service for now, you can upload files onto it, get the direct link to share it and all the basic stuffs like that, but Kim Dotcom has got a very promising future for Mega. Listed out in a blog post is Mega’s development roadmap that shows some of the future enhancements like Google Doc-style editing service, instant messaging, mobile access, and more. If 50GB is too little for you, you can also chose to upgrade to 500GB with 1TB bandwidth, 2TB of space with 4TB bandwidth and 4TB of space for 8TB bandwidth at €9.99, €19.99 and €29.99 a month, respectively. Right now while the service may be launched and available to the public worldwide, it still looks a bit buggy. Firstly, it appears that there isn’t a link for you to retrieve your password. For some reason Mega isn’t allowing me to sign in with my credentials, I’m almost 100% sure that my password is correct but it keeps giving me a wrong password error and I can’t do anything about it. Second of all, I’m not sure if it’s my connection problem but it can’t seem to upload my files properly, I need to cancel the task and try again. Of course, it could be due to the traffic it’s getting right now and how everyone’s rushing to sign up for their 50GB of storage space. Try it out and let us know if you’re having any problems.

 
Leave a comment

Posted by on March 13, 2013 in Software, Tools

 

Microsoft Memperkenalkan MS Office Untuk Linux

Pelbagai pembangun permainan telah pun mula menumpukan perhatian kepada platform Linux, apatah lagi dengan pengenalan Steam untuk Linux, dan kini dilaporkan Microsoft turut sama tidak ingin ketinggalan untuk melancarkan Office untuk Linux pada tahun 2014. Office telah pun boleh dijalankan melalui perisian ketiga seperti Wine dan sebagainya. Tetapi, dengan penggunaan Linux yang semakin popular, Microsoft akan mengeluarkan perisian natif Office untuk Linux pada tahun hadapan. Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, dikatakan Office untuk Android akan hadir pada tahun ini, dan sekiranya ia benar, maka usaha untuk menghasilkan Office untuk Linux tidak begitu sukar untuk gergasi perkomputeran itu. Dengan pengenalan pelbagai permainan untuk pengguna Linux sendiri ia telah mula menarik perhatian ramai pengguna baru, dan sekiranya Microsoft mengeluarkan Office untuknya, Linux akan mendapat perhatian lebih ramai pembangun dalam menghasilkan perisian mereka untuk Linux. Sekiranya perkara ini adalah benar, kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam beberapa bulan lagi.

 
Leave a comment

Posted by on February 6, 2013 in Software

 

Perisian Antivirus Avast! 8 Beta Untuk Windows

Terdapat pelbagai pilihan perisian antivirus untuk pengguna Windows, dan salah satunya adalah Avast. Terkini, pembangunnya telah pun mengeluarkan Avast! 8 Beta untuk dicuba oleh semua pengguna sebelum pelancaran rasminya dalam beberapa bulan lagi. Avast! 8 Beta menyertakan antaramuka baru yang lebih kemas, sekaligus memudahkan pengguna membuat pilihan padanya. Disamping itu, ia turut menyertakan aplikasi baru dinamakan Software Updater, sekaligus memastikan aplikasi yang digunakan anda adalah versi terkini.

avast8beta
Disamping itu, sebuah aplikasi khas untuk pelayar web turut disertakan, dinamakan sebagai Browser Cleanup, memudahkan anda membuang pelbagai toolbar yang menganggu pada pelayar web dengan mudah. Namun, memandangkan ia masih lagi pada peringkat beta, maka beberapa masalah masih terdapat padanya, termasuk Windows 8 yang masih tidak disokong sepenuhnya, serta beberapa yang lain. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Avast! 8 Beta hari ini, dan mencubanya sendiri pada komputer anda.

 
Leave a comment

Posted by on February 4, 2013 in Security, Software

 

Office 2013 Dan Office 365 Home Premium

Microsoft hari ini secara rasminya melancarkan Microsoft Office 2013 dan juga Office 365 secara global, sekaligus membuka pembelian secara digital melalui halaman rasmi Office, pada harga langganan bermula RM24.99 sebulan. Untuk pilihan perisian pejabat Office, Microsoft menawarkan dua bentuk pilihan, iaitu Office 2013 yang boleh dibeli secara terus ataupun Office 365 yang menawarkan perisian dalam bentuk langganan bulanan. Office 2013 ditawarkan dalam tiga pilihan, iaitu Office Home & Student 2013 (RM339.99), Office Home & Business 2013 (RM869.99) dan juga Office Professional 2013 (RM1499). Ketiga-tiga ini didatangkan dengan pilihan perisian yang berbeza, dimana selain daripada Word, Excel, PowerPoint dan juga OneNote. Office Home & Business 2013 menyertakan Outlook, manakala Office Professional 2013 menyertakan Outlook, Publisher dan juga Access. Setiap aplikasi pejabat Office 2013 juga boleh dibeli secara berasingan pada harga RM429.99 setiap satu. Office 365 Home Premium pula menawarkan set penuh aplikasi pejabat Office, iaitu Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan juga Access pada harga langganan bulanan RM24.99 atau langganan tahunan pada harga RM249.99. Setiap langganan membolehkan ia digunakan pada lima komputer berbeza, selain dilengkapi dengan ruangan storan tambahan sebanyak 20GB pada SkyDrive, dan juga masa panggilan percuma selama 60 minit melalui Skype. Kesemua perisian Office 2013 turut didatangkan dengan sokongan bahasa Malaysia. Bagi yang berminat, boleh mendapatkannya secara digital, atau mencuba ia secara percuma selama 30 hari dengan melayari laman rasmi Microsoft Office.

 
Leave a comment

Posted by on January 31, 2013 in Software