RSS

Category Archives: Tools

OverTask – Plug-in Chrome

Ketika menulis artikel, satu perkara yang sering  dibuat adalah dengan membaca dan membuka pautan artikel sebanyak yang mungkin, disamping membuka laman lain seperti Youtube, Twitter dan pelbagai laman sosial yang lain. Ini menyebabkan tab pada pelayar web dibuka dengan lebih banyak yang akhirnya pelbagai masalah seperti gangguan (distraction) ketika melayar web. OverTask merupakan sebuah plug-in (extension) Google Chrome yang dapat membantu anda mengatasi permasalahan tersebut. Sebagai contoh ketika anda sedang melakukan kajian tentang kapal terbang, OverTask akan meminta anda meletakkan pautan yang berkenaan dengan kajian itu sahaja. Selepas itu, kesemua pautan yang anda kumpulkan sebelumnya akan dibuka pada satu sesi baru Google Chrome yang hanya mempunyai pautan yang dikehendaki sahaja. Perkara ini sekaligus dapat membantu anda untuk kekal fokus tanpa sebarang gangguan dan idea ketika membuat kajian. Membiarkan tab bercampur aduk dengan laman web lain seperti laman sosial menyebabkan kerja dan tugasan sering terganggu dan akhirnya banyak penangguhan akan berlaku. OverTask ini boleh membantu dan sangat mudah kerana ia akan dibuka setiap kali anda membuka halaman tab baru. Ini memudahkan anda untuk melihat tugasan yang sedang berjalan ataupun anda boleh menambah tugasan padanya. Anda boleh menambah seberapa banyak tugasan yang dikehendaki dengan hanya melakukan ‘Edit task name’ > ‘Add current tabs’ > ‘Create Task’ dan tugasan baru akan terpapar pada halaman utama OverTask. Sekiranya anda bersedia untuk membuat tugasan tersebut, klik ‘DO’ dan Chrome akan menutup tab yang sedia ada dan hanya membuka tab yang dikumpulkan sahaja. Tab yang dibuka sebelumnya akan disimpan dan akan dibuka semula sehingga anda menyiapkan tugasan anda. OverTask turut didatangkan dengan sokongan log masuk akaun pengguna yang membolehkan anda sync tugasan anda pada Chrome di komputer lain. Ia juga turut hadir dengan sokongan import dan export tugasan untuk dijadikan sebagai fail backup ketika diperlukan. Plug-in OverTask sangat efektif untuk mengurangkan kadar gangguan (distraction) yang serius disamping membantu untuk menguruskan artikel-artikel yang bakal ditulis pada akan datang. Sekiranya anda seorang pelajar, ia dapat membantu anda untuk menguruskan tugasan pelajar (assignment) tanpa sebarang gangguan.  Plug-in OverTask untuk Google Chrome boleh dimuat-turun melalui Chrome Web Store dan ditawarkan secara percuma kepada pengguna. Muat-turun: Plug-in OverTask.

 
Leave a comment

Posted by on March 18, 2014 in Tools

 

Kawal PC Melalui ROCCAT Power-Grid

ROCCAT Power-Grid membolehkan pengguna menghubungkan peranti mudah-alih ke PC, seterusnya membuat beberapa kawalan asas apabila menggunakannya. Perisian ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows. Untuk menghubungkan peranti mudah-alih ke PC, anda perlu menghubungkannya menggunakan alamat IP. Perkara ini mudah sekiranya anda menggunakan sambungan WiFi yang sama, dimana anda boleh menghubungkannya menggunakan alamat IP 127.0.0.1. Namun, sekiranya anda menggunakan sambungan melalui 3G dan sebagainya, anda perlu memasukkan alamat IP bergantung kepada alamat IP pada komputer anda. Dengan ROCCAT Power-Grid ini, pengguna boleh melihat prestasi semasa komputer mereka, dan membuat beberapa kawalan seperti mengawal audio dan sebagainya terus melalui telefon pintar anda. Pengguna turut boleh mengikuti kemaskini semasa dari emel, Facebook, Twitter dan sebagainya. Apa yang menarik pada ROCCAT Power-Grid ini adalah dimana pengguna boleh menambah “grid” sendiri, dimana sebuah halaman khas disediakan di web untuk tujuan menambah “grid” dan sebagainya. Buat masa ini, kebanyakkan fokus kepada permainan, memudahkan pengguna untuk membuat beberapa kawalan asas untuk permainan walaupun mereka tiada di depan PC. Selain untuk permainan, beberapa “grid” untuk kawalan multimedia turut hadir, termasuk untuk pemain media VLC. Bagi yang gemar memainkan permainan video, dan ingin mengawal  PC menggunakan peranti mudah-alih anda, perisian ini dapat membantu anda. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun ROCCAT Power-Grid ini. Muat-Turun ROCCAT Power-Grid.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2013 in App, Tools

 

BitTorrent Hadir Dengan Format Baru

BitTorrent setelah memperkenalkan beberapa perkhidmatan baru pada tahun ini, kini turut hadir dengan salah satu perkhidmatan dan format multimedia baru memfokuskan kepada pembangun kandungan, melalui BitTorrent Bundle. Menurut BitTorrent, Bundle adalah salah satu format multimedia, dimana ia membolehkan pengguna berinteraksi seperti mengumpulkan emel atau derma, dan menariknya segalanya berlaku didalam fail torrent berkenaan. Sebagai pengenalan, mereka bekerjasama dengan pihak Ultra Music, bagi menawarkan beberapa kandungan, serta memberikan idea bagaimanakah ia akan berfungsi sepenuhnya. Melalui penggunaan ini, ia membolehkan pengguna menikmati sebahagian daripada kandungan secara percuma, dan sebahagian lagi dengan berinteraksi, seperti memasukkan emel ataupun membuat derma. Biasanya ia dilakukan diluar fail berkenaan, membuatkan sesuatu fail itu mudah diedarkan oleh pihak lain, tetapi melalui Bundle, ia berlaku dalam fail, sekaligus menguntungkan pembangun dan pemilik kandungan. Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih lagi pada peringkat awal, dan lebih banyak penambahan akan disertakan pada BitTorrent Bundle dari hari ke hari. Bagi mereka yang ingin melihat bagaimana ia berfungsi, boleh mendapatkan dan memuat-turun kandungan khas yang disediakan oleh Ultra Music.

 
Leave a comment

Posted by on May 9, 2013 in Software, Tools

 

Chocolatey – Memasang Perisian Seumpama Apt-Get

Pada Linux, salah satu fungsi yang diminati ramai adalah kebolehan memasang dan menguruskan perisian menggunakan command. Menariknya, pengguna Windows kini boleh menikmati sokongan tersebut pada komputer mereka melalui perisian yang dinamakan sebagai Chocolatey. Chocolatey dilaksanakan menggunakan Command Prompt pada Windows, dimana pengguna hanya perlu membuka Command Prompt dan seterusnya memasukkan teks berikut pada tetingkap tersebut : @powershell -NoProfile -ExecutionPolicy unrestricted -Command “iex ((new-object net.webclient).DownloadString(‘http://chocolatey.org/install.ps1’))” && SET PATH=%PATH%;%systemdrive%\chocolatey\bin Untuk menyalinnya ke Command Prompt, pengguna hanya perlu memilih teks berkenaan, dan Paste teks tersebut. Segalanya perlu dilakukan menggunakan tetikus, memandangkan kekunci pintas tidak disokong pada tetingkap Command Prompt. Sebaik sahaja membuatnya, pengguna akan diperlihatkan dengan proses memuat-turun, dan kemudian aplikasi Chocolatey akan dipasang pada komputer mereka. Ia sekaligus membolehkan pengguna membuat pemasangan pelbagai aplikasi dan perisian lain pada komputer mereka, terus melalui Command Prompt. Daripada pangkalan data Chocolatey, buat masa ini, hanya terdapat sekitar beberapa ratus perisian sahaja, dan diantara yang popular termasuk Firefox, VLC, Chrome, NotePad++ dan beberapa yang lain. Untuk memulakan pemasangan, pengguna hanya perlu menaip cinst dan diikuti nama perisian. Sebagai contoh, cinst notepadplusplus, dan seterusnya ia akan dimuat-turun dan dipasang pada komputer anda. Pengguna boleh melihat pelbagai kata kunci untuk pengurusan Chocolatey ini dengan menaip chocolatey /? pada tetingkap Command Prompt anda.

 
Leave a comment

Posted by on March 20, 2013 in Tools

 

Mega Offers 50GB of Storage for Free

Want more cloud storage space? Of course you do, Kim Dotcom, the founder of Megaupload, has announced the arrival of its cloud storage service, Mega, and it comes with a whopping 50GB of free storage. Mega may seem like your typical cloud storage service for now, you can upload files onto it, get the direct link to share it and all the basic stuffs like that, but Kim Dotcom has got a very promising future for Mega. Listed out in a blog post is Mega’s development roadmap that shows some of the future enhancements like Google Doc-style editing service, instant messaging, mobile access, and more. If 50GB is too little for you, you can also chose to upgrade to 500GB with 1TB bandwidth, 2TB of space with 4TB bandwidth and 4TB of space for 8TB bandwidth at €9.99, €19.99 and €29.99 a month, respectively. Right now while the service may be launched and available to the public worldwide, it still looks a bit buggy. Firstly, it appears that there isn’t a link for you to retrieve your password. For some reason Mega isn’t allowing me to sign in with my credentials, I’m almost 100% sure that my password is correct but it keeps giving me a wrong password error and I can’t do anything about it. Second of all, I’m not sure if it’s my connection problem but it can’t seem to upload my files properly, I need to cancel the task and try again. Of course, it could be due to the traffic it’s getting right now and how everyone’s rushing to sign up for their 50GB of storage space. Try it out and let us know if you’re having any problems.

 
Leave a comment

Posted by on March 13, 2013 in Software, Tools

 

Memasang Aplikasi Android Pada BlackBerry 10

Proses pemasangan aplikasi Android pada BlackBerry 10 adalah agak mudah, dan boleh dikatakan sesuai untuk dilakukan sama ada oleh pengguna baru ataupun lama. Panduan yang disediakan ini adalah khas untuk pengguna yang menggunakan komputer Windows. Untuk memasang aplikasi Android pada BlackBerry 10, pengguna perlu mengubahnya kepada fail berformat .BAR. Sebelum memulakan proses pemasangan, pastikan anda mempunyai Java JRE terpasang pada komputer Windows anda. Pengguna perlu menggunakan Java JRE 6. Muat-Turun Java JRE 6 Windows 32-bit. Selain daripada Java JRE, pengguna juga memerlukan perisian DDPB. Muat-Turun DDPB 1.0.9. Sebaik sahaja selesai memuat-turun dan memasangnya pada komputer anda, boleh ke langkah seterusnya. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengaktifkan Development Mode pada peranti BlackBerry 10 anda. Pengguna perlu ke bahagian Settings, dan seterusnya melalui Security and Privacy, pilih halaman Development Mode. Pada Development Mode, anda boleh aktifkannya dengan mengubah Use Development Mode kepada On. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan anda. Sebaik sahaja selesai mengaktifkan Development Mode, seterusnya pengguna boleh menghubungkan peranti mereka melalui kabel USB ke komputer, dan seterusnya memulakan perisian DDPB yang telah dipasang. Pada bahagian kiri DDPB anda dapat melihat ruangan untuk PlayBook IP Address dan juga kata laluan untuknya. Pada bahagian IP Address, anda perlu memasukkan alamat IP peranti anda, dimana boleh didapati dengan ke Settings > About > Network, dan melihat pada IPv4. Seterusnya masukkan kata laluan, dan klik Connect. Sebaik sahaja selesai menyambungkan peranti anda ke DDPB, anda kemudiannya boleh menambah fail berbentuk BAR terus ke peranti melalui pilihan Add, dan seterusnya klik butang Install pada bahagian bawah. Ia mengambil masa beberapa saat sebelum aplikasi tersebut dipasang pada peranti BlackBerry 10. Anda boleh mendapatkan beberapa fail berbentuk BAR daripada beberapa laman di internet.

 
Leave a comment

Posted by on March 9, 2013 in Tools

 

Run-Command Untuk Windows

Bagi pengguna Windows, mungkin biasa dengan sokongan Run yang didatangkan terbina padanya. Namun, ia kelihatan agak kurang mesra untuk pengguna untuk mempelajarinya dan terdapat beberapa kekurangan padanya. Untuk mengatasinya, salah satu perisian yang agak menarik adalah Run-Command. Run-Command adalah salah satu perisian ringkas, yang boleh digunakan secara portable memandangkan saiznya dibawah 100KB. Melalui Run-Command, pengguna didatangkan dengan fungsi seumpama sokongan Windows Run biasa, tetapi turut dipermudahkan dengan membolehkan pengguna mengakses kepada beberapa perkara popular dengan pantas, disamping boleh menyimpan command kegemaran pada bahagian Favourites. Pengguna juga boleh menyimpannya ia di bahagian System Tray untuk akses pantas apabila diperlukan. Menurut pembangunnya, ia boleh digunakan pada Windows 98 sehingga Windows 8 tanpa sebarang masalah. Bagi mereka yang ingin mencubanya sendiri, boleh memuat-turun perisian ringkas ini daripada halaman rasmi mereka. Muat-Turun Run-Command Untuk Windows.

 
Leave a comment

Posted by on February 17, 2013 in Tools