RSS

Category Archives: Web Browser

iChrome Dengan Halaman Tab Baru

Google sebelum ini telah pun menamatkan sokongan iGoogle mereka. Namun, bagi mereka yang telah selesa dengannya, dan inginkan sesuatu yang lebih kurang dengan iGoogle, anda boleh memasang sebuah plug-in khas dinamakan sebagai iChrome. Antaranya yang dipaparkan adalah laluan trafik, kemaskini berita semasa, masa, cuaca, iFrame dan beberapa yang lain.

ichrome_01

Ketika memasangnya, iChrome memaparkan sebahagian sahaja, dan pengguna boleh menambah koleksi widget pada menu khas dibawah halaman tab iChrome. Bagi yang berminat, boleh mencubanya hari ini. Muat-Turun iChrome di Chrome Web Store.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on November 26, 2013 in Web Browser

 

Firefox 23 Dengan Fungsi Network Monitor

Firefox sering menambah beberapa fungsi khas untuk pembangun web, dan terkini melalui versi beta untuk Firefox 23, Mozilla hadir dengan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai Network Monitor. Fungsi ini, membolehkan pembangun web untuk mengetahui bagaimana sesebuah web itu dibuka, dan elemen apakah yang mengambil masa lama untuk dibuka.

firefox-network-monitor

Pengguna juga boleh mengakses fungsi ini walaupun laman web itu telah dibuka, tanpa perlu melakukan refresh dan sebagainya. Network Monitor ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan beberapa fungsi baru akan turut ditambah padanya melalui Firefox 24 kelak. Muat-Turun Firefox 23 Beta.

 
Leave a comment

Posted by on July 4, 2013 in Web Browser

 

Google Map’s Redesign

It looks like the team behind is Google is hard at work, preparing for the Google I/O event that will be happening next week, 15 May 2013. Google has now been reported to be working on a new interface for Google Maps, which brings a cleaner and bigger map. According to screenshots revealed by the unofficial Google System Blog, the side bar on current Google Maps have been removed to allow for a full-screen map. The new design also brings better integration with Google’s very own social networking service – Google+, with the ability to restrict local search results to places recommended by top reviews or your Google+ circles. This is just a rumour of course, there is no confirmation of when Google will, if ever, launch a new design to Google Maps, but with Google I/O around the corner, it makes perfect sense that the internet search giant is preparing all major announcements for that date.

 
Leave a comment

Posted by on June 3, 2013 in Web Browser

 

Mencuba Ubuntu 13.04 Pada Pelayar Web

Pembangun Ubuntu telah pun melancarkan sistem operasi terbaru mereka, Ubuntu 13.04 Raring Ringtail, membolehkan pengguna seluruh dunia menggunakannya secara percuma pada komputer masing-masing. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak ingin memasangnya pada komputer, dan hanya ingin melihatnya secara ringkas bagaimanakah ia berfungsi, boleh mengujinya terus melalui pelayar web.

ubuntu-1304

Untuk tujuan ini, pihak pembangun Ubuntu menyediakan halaman khas, membolehkan pengguna mengujinya terus pada sebarang pelayar web, dan melihat beberapa fungsi baru yang dibawakan melalui sistem operasi tersebut. Bagi mereka yang berminat, boleh melayari laman khas yang disediakan oleh Ubuntu, dan mencuba Ubuntu 13.04 terus pada pelayar web anda.

 
Leave a comment

Posted by on April 21, 2013 in OS, Web Browser

 

Mozilla Officially Announces Firefox OS

At the ongoing Mobile World Congress in Barcelona, Mozilla officially announced its new mobile operating system, Firefox OS. The new mobile OS, aimed at first-time smartphone users in emerging markets, aims to “unlock the power of the Web” on mobile devices. It appears to have gained plenty of traction, too, especially among carriers from around the world. At the launch event, 18 carriers have already pledged support for the new platform – including Singapore telco Singtel, the only carrier in the region present in the list – with many more expected to join. Firefox OS was built on several Web standards, including HTML5, and as such most web apps will work on Firefox OS. Its shares the overriding Web principles of openness and the freedom to innovate. As such, Mozilla promises the Firefox OS will be a beautiful, clean, intuitive, personalized and easy-to-use experience for all users. As an emerging market platform, Firefox OS pairs the standard phone features of calls, messaging, camera and messaging with smartphone necessities such as social networking features, web browser, location-based services, and a built-in cost control feature. In addition, apps on Firefox OS are essentially web apps, where there are no native applications for the platform. However, like other smartphone platforms, it has an app store – called the Marketplace – but Mozilla has stated that in the spirit of Web openness, a developer does not need to submit their apps to the Marketplace for verification.

At launch, Firefox OS has built-in support for Facebook and Twitter, as well as downloadable apps in the Firefox Marketplace such as Accuweather, Cut the Rope, Disney Mobile Games, EA games, SoundCloud, and also Nokia’s HERE maps app. Also, Firefox OS offers a new contextual search, where a search for a keyword will not just yield web searches, but also apps related to the keyword itself. This feature was demoed during the presentation, when a search for “Skyfall” yielded results for apps such as IMDB and also Fandango, where users can review and purchase tickets for the movie respectively. It certainly is an innovative new way of search. Mozilla has announced that availability for Firefox OS will be released on a market-to-market basis, where emerging markets will naturally take precedence. The first wave of Firefox OS devices will be available to consumers in Brazil, Colombia, Hungary, Mexico, Montenegro, Poland, Serbia, Spain and Venezuela, with more markets to be announced later. The company has confirmed that plans are afoot to bring Firefox OS to the US sometime next year. In addition, Mozilla has also announced several OEM partnerships which will be making Firefox OS devices. As we have seen already, Spanish OEM Geeksphone has announced two developer devices for Firefox OS, and Alcatel has announced the One Touch Fire. ZTE has also announced the ZTE Open, which is the first consumer Firefox phone and sports a similar design to the Keon developer phone. Mozilla also announced that two other OEMs, LG and Huawei, will also be making their Firefox devices. Finally, Qualcomm’s Snapdragon chipsets will be powering all Firefox devices.

 
Leave a comment

Posted by on April 16, 2013 in OS, Web Browser

 

Google Membayar Apple $1 Bilion Pada 2014 Untuk Menjadi Enjin Carian Utama Pada iOS

Walaupun Apple cuba mengurangkan perkhidmatan Google pada iOS, namun, dalam memberikan pengalaman carian yang baik, semestinya tidak boleh mengalahkan Google, apatah lagi ia merupakan enjin carian terkemuka dan paling ramai digunakan. Seperti semua sedia maklum, Google membayar beberapa perkhidmatan untuk menjadi enjin carian utama, sekaligus membuatkan pengguna mereka menggunakan Google dengan lebih meluas lagi. Mozilla dan juga Apple, melalui Firefox dan juga iOS adalah rakan kerjasama Google untuknya. Mengikut penganalisa bebas, mereka menganggarkan pada tahun 2014 kelak, angka pengguna iOS akan meningkat dan Google mungkin akan membayar sehingga $1 bilion untuk kekal sebagai enjin carian utama padanya. Perkara ini hanya sekadar anggaran awal, dan bergantung kepada penjualan peranti iOS di seluruh dunia. Selain daripada Apple, Mozilla pula dikatakan mungkin menerima sehingga $400 juta untuk menjadikan Google kekal sebagai enjin carian utama pada pelayar webnya. Google merupakan antara penyumbang utama untuk Mozilla, dan ia akan terus kekal untuk tahun-tahun akan datang. Pada masa yang sama, selain daripada Google, Microsoft juga kini kelihatan sedang kerap bersaing dari segi penyediaan enjin carian. Buat masa ini, segala peranti Windows Phone hanya menggunakan Bing sebagai enjin carian utama, disamping digunakan pada BlackBerry.

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2013 in Info ICT, Web Browser

 

Mengenali Google Doodle

Pada enjin carian Google untuk setiap hari perayaan atau memperingati seseorang tokoh dan sebagainya, mereka akan hadir dengan logo yang rekabentuk khas, dinamakan sebagai Doodle. Doodle pertama dimulakan pada tahun 1998, dimana Sergey Brin telah rekanya sendiri bersempena dengan Burning Man Festival. Pada ketika itu, Sergey Brin sekadar menggunakan aplikasi GIMP dan hanya membawakan perubahan kecil sahaja pada logo tersebut. Sejak daripada itu, penggunaan Doodle telah menjadi salah satu perkara utama untuk pelbagai acara, dimana pada tahun lepas sahaja, Google telah hadir dengan lebih 300 doodle berbeza untuk pelbagai acara di seluruh dunia. Perekabentuk Google Doodle yang hanya seorang sebelum ini, kini telah berkembang menjadi sebuah kumpulan, dengan memfokuskan kepada merekabentuk logo Google yang menarik, bersesuaian dengan acara global, mahupun untuk sesebuah negara.

Di Malaysia sahaja, beberapa logo hari kebangsaan telah diperkenalkan oleh Google sebelum ini, dan mungkin dengan Google yang kini kelihatan lebih aktif di Malaysia dengan pengenalan YouTube Malaysia dan sebagainya, mungkin kelak kita akan melihat lebih banyak acara dan perayaan tempatan turut mendapat Doodle khas pada enjin carian terbesar dunia itu. Menurut pihak Google, untuk merekabentuk sesuatu logo Doodle itu, beberapa langkah akan dilalui sebelum ia akhirnya diterbitkan kepada pengguna. Mereka biasanya akan mendapat cadangan daripada wakil Google di sesebuah negara, mahupun daripada pengguna. Sebaik sahaja sesuatu cadangan tersebut diterima, mereka akan memulakan proses kajian untuk memahami sesuatu perayaan tersebut. Biasanya, wakil Google disesebuah negara itu akan membantu dalam memberikan pelbagai maklumat, agar doodle yang dihasilkan akhirnya bertepatan dengan sesuatu sambutan dan perayaan.

Pada tahun ini, 2012, Google hadir dengan pelbagai doodle berbentuk interaktif, membolehkan pengguna mendengar bunyi, melihat imej bergerak, menonton video mahupun bermain permainan ringkas melaluinya. Untuk Sukan Olimpik sahaja, Google telah hadir dengan doodle baru hampir setiap hari, membolehkan pengguna memainkan permainan ringkas, dan berkongsi dengan rakan-rakan melalui Google+. Sekiranya untuk tujuan doodle berbentuk interaktif, pasukan mereka turut dikatakan akan bekerjasama dengan bahagian kejuruteraan dalam menghasilkan sebuah doodle yang menarik. Seterusnya, ia akan diuji terlebih dahulu secara dalaman sebelum ia diperkenalkan kepada umum melalui halaman web yang paling dikunjungi ramai Google.com. Selain pada enjin carian mereka, Google turut sama telah mula menggunakan elemen sama pada laman video mereka – YouTube. Lihat Koleksi Logo Google Di Muzium Doodle.

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2012 in Web Browser