RSS

Google Mengemaskini Platform Realiti-Maya

Google selain menyentuh berkaitan platform carian serta Android pada Google I/O, mereka juga turut menyentuh secara ringkas berkaitan dengan platform realiti-maya mereka yang telah diperkenalkan pada tahun lepas dibawah jenama Cardboard. Google Cardboard telah diperkenalkan pada I/O 2014 yang lepas, membolehkan sesiapa sahaja menggunakan barang yang mudah didapati dan menghubungkan ia kepada telefon pintar untuk menikmati kandungan berbentuk realiti-maya. Untuk tahun ini, Google mengumumkan sedikit kemaskini untuk penawaran Cardboard mereka. Melalui versi baru, ia menyokong peranti bersaiz 6-inci, selain turut menggantikan sokongan kawalan fizikal berasaskan magnet sebelum ini dengan sesuatu yang lebih serasi untuk digunakan pada pelbagai platform. Disamping itu, Google turut mengumumkan inisiatif Jump, yang ingin memudahkan para pengguna dan sesiapa sahaja untuk hadir dengan kandungan mereka tersendiri yang selari untuk digunakan untuk paparan realiti maya. Untuk tujuan tersebut, Google mengumumkan sokongan susunan kamera dalam bentuk bulatan untuk rakaman video atau gambar yang boleh dilihat menggunakan sokongan realiti-maya. Sebanyak 16 kamera disusun secara membulat sebelah menyebelah, dalam merakamkan pelbagai sudut dengan cantik. Google mengatakan mereka akan berkongsi Camera Geometry tersebut untuk sesiapa sahaja membangunkan susunan kamera mereka. Pada masa yang sama, Google turut mengumumkan kerjasama dengan pihak GoPro, yang mana akan memudahkan pengguna untuk membeli dan menggunakannya. Disamping itu, pada Google I/O juga, Google memperlihatkan sedikit demo bagaimana kandungan yang dirakamkan dicantumkan, dan seperti biasa pengguna boleh terbitkan ia terus ke YouTube. Bercakap mengenai dunia realiti-maya juga, Google turut mengumumkan mereka telah bereksperimen penggunaannya untuk lawatan maya ke sesuatu lokasi di beberapa sekolah seluruh dunia – sekaligus membawa kepada kaedah pembelajaran baru dalam bilik darjah.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2016 in Uncategorized

 

Cradle & OSK Ventures Membuat Pelaburan Bersama

Bermula tahun lepas Cradle Fund telah giat mencari pelabur bersama bagi melabur untuk startup melalui Matching Investment (Pelaburan Bersama) dan salah satu rakan kerjasama terawal adalah OSK Ventures International. Pada hari ini mereka mengumumkan startup terawal dalam pelaburan bersama mereka, iaitu Sync dan MauKerja. Setiap startup iaitu Sync dan MauKerja masing-masing menerima pelaburan sekitar RM 1 Juta dari Cradle Fund dan juga OSK Ventures. Terdahulu kedua-dua startup ini telah menyertai acara pitching yang diadakan oleh Cradle iaitu iaitu PitchIt. Dana pelaburan ini akan digunakan bagi melipatgandakan usaha dalam pemasaran serta menambah tenaga kerja bagi menyokong operasi yang kian bertambah. Dengan pelaburan ini juga Cradle dan OSK Ventures International akan memegang ekuiti pada kedua-dua startup ini. Sync ialah startup yang membangunkan perisian bagi guru dan ibubapa untuk berkomunikasi berbincang mengenai pembelajaran serta kemajuan anak mereka di sekolah. Dengan perisian sebegini, ibubapa dapat memantau dan membantu guru dalam mendidik anak mereka. Secara mudahnya mereka ingin merevolusikan ‘Persatuan Ibu Bapa dan Guru’ dan membawanya ke arena digital. Sehingga kini 70 buah sekolah terutamanya sekolah berasrama penuh telah mula menggunakan aplikasi ini. Startup kedua yang menerima pelaburan sekitar RM 1 Juta ialah Maukerja. MauKerja merupakan portal pencarian kerja namun mempunyai fokus berbeza berbanding yang lain, iaitu kepada pekerjaan berpendapatan rendah. Maukerja juga turut menyediakan fungsi seperti mengingatkan pemohon pekerja mengenai jarak diantara rumah mereka dan juga lokasi tempat kerja syarikat yang dipohon. Dengan dua startup yang diumumkan pada hari ini telah mendapatkan pendanaan bersama dari Cradle dan OSK Ventures International, lebih banyak lagi startup tempatan yang bakal menerima pendanaan dari Cradle dan juga rakan kerjasama mereka yang lain melalui Matching Investment . Sekiranya anda startup yang inginkan Matching Grant ini, boleh lawati laman web Cradle atau ikuti akaun Twitter dan halaman Facebook mereka untuk mengetahui aktiviti-aktiviti sebegini yang akan diadakan.

 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2016 in Uncategorized

 

Dapatkan Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge Bersama Pelan FIRST Dari Celcom

Samsung Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge merupakan telefon pintar terkini daripada Samsung yang telah dijual bermula bulan lepas pada 17 April. Kini, Celcom turut hadir dengan pelan khusus untuk para pelanggan mereka melalui FIRST by Celcom, yang turut membawakan penjimatan serta tawaran yang menarik. Seperti yang pernah diulas oleh kami sebelum ini, Samsung Galaxy S6 dan juga varian dengan bucu melengkung iaitu Samsung Galaxy S6 Edge merupakan telefon terkini dari Samsung. Dengan pelan FIRST by Celcom, pengguna boleh mendapatkan versi Blue Topaz, yang eksklusif hanya untuk pelanggan Celcom. Telefon yang pantas ini juga sesuai diperoleh bersama pelan FIRST kerana terdapat fungsi seperti OPTIMISER yang akan mengoptimumkan penggunaan data anda. Bersama-sama dengan tawaran ini juga pelanggan boleh memilih untuk membeli pengecas tanpa wayarnya hanya pada harga eksklusif RM49.90 berbanding harga asalnya yang lebih tinggi. Melalui pakej FIRST by Celcom, anda boleh mendapatkan Galaxy S6 pada harga serendah RM1088 dengan komitmen bulanan sebanyak RM235, ataupun harga sebanyak RM1788 dengan komitmen bulanan sebanyak RM85. Bagi Galaxy S6 Edge yang berharga RM3099 pula, anda boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1488 dengan komitmen bulanan sebanyak RM235, ataupun pada harga RM2188 dengan komitmen bulanan sebanyak RM85. Samsung Galaxy S6 merupakan telefon pintar terkini daripada Samsung yang menggunakan binaan berasaskan logam dan kaca. Ia dilengkapi cip lapan-teras Exynos, skrin bersaiz 5.1-inci dengan resolusi Quad HD, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Galaxy S6 turut menyertakan kamera belakang 16-megapixel OIS dan kamera hadapan 5-megapixel. Turut hadir bersama daripada Samsung adalah Galaxy S6 Edge yang menggunakan skrin pada bahagian tepi untuk memaparkan beberapa info tambahan. Jadi bagi anda yang ingin membeli telefon ini dengan pelan FIRST by Celcom, boleh hadir ke cawangan Celcom yang berhampiran atau layari laman rasmi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut. Beli: Pelan FIRST by Celcom Samsung Galaxy S6 | S6 Edge https://www.celcom.com.my/personal/devices/android/overview/samsung-galaxy-S6

 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2016 in Uncategorized

 

Penghantaran Mesej Ini Akan Menyebabkan Peranti iOS Gagal Berfungsi

Pepijat adalah perkara yang biasa di dalam kehidupan seharian. Ada pepijat yang membolehkan anda mendapatkan jutaan wang di dalam permainan video dan ada juga pepijat yang menyebabkan berlakunya masalah keselamatan ketika melayari web. Hari ini ada laporan sebuah pepijat yang mengakibatkan peranti iOS gagal berfungsi dan melakukan reboot dengan sendiri. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menghantar mesej seperti di bawah kepada pengguna iOS melalui iMessage ataupun SMS. Apabila mesej ini dihantar, peranti iOS penerima akan berhenti berfungsi sebelum reboot dengan sendiri. Pepijat ini dilaporkan berlaku pada kesemua peranti iOS tanpa mengira versi sistem operasi yang digunakan.   Terdapat tiga penyelesaian buat masa ini.

1. Menyuruh rakan menghantar mesej kepada anda. Hantarkan apa sahaja mesej pendek dan apabila anda menerimanya masalah akan selesai.

2 Menghantar mesej kepada diri sendiri. Ini boleh dilakukan dengan memberi arahan kepada Siri dengan “Send a message to myself”. Siri kemudian anda menyuruh anda bercakap untuk menghantar mesej. Cakap apa sahaja dan hantar mesej yang tertera kepada diri anda sendiri.

3. Menggunakan aplikasi  seperti Notes. Tulis sebuah nota pendek dan kemudian kongsikan kepada diri anda sendiri melalui iMessage.

Ketiga-tiga jalan penyelesaian di atas sudah dicuba oleh beberapa pengguna dan terbukti berjaya. Pihak Apple dilaporkan sedang giat menyelesaikan masalah ini ketika artikel ini ditulis. Kami di Amanz tidak menyarankan anda menghantar mesej ini kepada teman yang menggunakan peranti iOS walaupun untuk berjenaka. Pepijat peranti melakukan reboot selepas menerima SMS ini pernah berlaku sebelum ini pada peranti yang menggunakan pemproses Mediatek. Di dalam kes yang berlaku Jun tahun lalu,  penghantaran SMS tanda ” = “ akan menyebabkan peranti penerima melakukan reboot dengan sendiri.

 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2016 in Uncategorized

 

Asus Memperkenalkan Sejumlah Produk ROG Baru Untuk Pasaran Malaysia

ASUS ROG merupakan salah satu jenama yang tidak asing untuk para peminat dan pencinta dunia gaming. Hari ini, di Malaysia, pihak Asus Malaysia telah berkongsi mengenai beberapa produk baru dibawah jenama ROG yang telah pun mula dijual dan ditawarkan kepada para pengguna tempatan. Sebanyak lima produk telah diumumkan hari ini, iaitu Asus ROG G751, G501, G551, GL552 dan juga desktop mereka, Asus ROG G20. Harga peranti yang dilancarkan hari ini adalah sekitar RM3199 sehingga RM8499. Seperti biasa, yang mencuri perhatian ramai adalah komputer riba dengan spesifikasi tinggi (serta harga paling premium), iaitu Asus ROG G751. Dua variasi ditawarkan oleh Asus untuk ROG G751. Yang pertama adalah ROG G751JY yang mana hadir dengan skrin HD penuh bersaiz 17.3-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, menggunakan cip Intel Core i7-4870HQ, serta dijana menggunakan NVIDIA GeForce GTX980M 4GB GDDR5, serta memori 24GB DDR3. Asus turut melengkapkan ia dengan ruangan storan sebesar 1TB HDD + 128GB SSD, selain sokongan cakera Blu-ray, USB 3.0, Bluetooth 4.0 serta WiFi. Pengguna yang membeli komputer riba ini turut akan menerima ROG Gaming Headset, ROG Gaming Mouse dan juga ROG Gaming Backpack dalam pakej. Versi sedikit rendah dengan modal yang sama adalah Asus ROG G751JT yang membawakan perbezaan dari segi kad grafik, dimana dijana menggunakan NVIDIA GeForce GTX970M 3GB GDDR5, memori 8GB DDR3, cip pemprosesan Intel Core i7-4710HQ serta hadir dengan pembaca DVD RW sahaja. Ia dijual pada harga RM5899 dan menawarkan sokongan lain yang lebih kurang sama. Selain daripada komputer riba ini, turut mencuri perhatian adalah Asus ROG G20, iaitu desktop mereka yang dijual pada harga RM5499. Ia menyertakan cip Intel Core i7-4790, kad grafik NVIDIA GeForce GTX760M 2GB DDR3, memori 8GB DDR3, serta ruangan storan 1TB HDD + 8GB SSD. Asus turut melengkapkan ia dengan Blu-ray RW, USB 3.0, Bluetooth 4.0, serta WiFi. Pembelian desktop ini tidak termasuk monitor, tetapi Asus menyediakan tetikus dan papan kekunci ROG besama-sama dengannya. Tiga lagi komputer riba yang ditawarkan oleh Asus dibawah keluarga ROG adalah G501 pada harga RM4999, G551 pada harga RM3799 serta GL552 pada harga RM3199.

 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2016 in Uncategorized

 

Sony Xperia Z3+

Sony hari ini melancarkan Sony Xperia Z3+. Ianya adalah sebuah Xperia Z4 yang diberikan penjenamaan semula untuk pasaran antarabangsa. Dari segi rekaan ianya membawakan beberapa perubahan kecil berbanding Xperia Z3. Pertama sekali port pengecasan diubah ke bahagian bawah peranti dan tidak mempunyai penutup kalis air. Seperti HTC Butterfly 2 peranti masih lagi kalis air dan debu walaupun port ini terbuka. Port untuk pengecasan magnetik yang sebelum ini wujud pada sebelah kiri peranti tidak lagi wujud. Pembesar suara stereo bahagian hadapan juga kini lebih besar dan diletakkan pada kedudukan lebih jauh daripada skrin. Spesifikasi Xperia Z3+ ialah skrin 5.2″ Triluminous HD Penuh, pemproses lapan teras Snapdragon 810, 3GB RAM dan muatan dalaman 32/64 GB (sokongan kad MikroSD sehingga 128 GB) . Kemampuan optik ialah 20.7 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Ketahanan air dan debu masih lagi IP68 dan akhir sekali bateri sebesar 2930 mAh. Terdapat dua versi iaitu versi satu dan juga dwi SIM. Sistem pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge disokong yang memberikan 50% pengecasan dalam masa 30 minit. Xperia Z3+ akan mula memasuki pasaran dunia Jun hadapan. Tarikh kemasukannya ke Malaysia masih belum diketahui tetapi teruskan membaca laman Amanz untuk informasi terkini peranti ini. Seperti apa yang kami tulis mengenai Xperia Z4 tempohari, Xperia Z3+ hanya memberikan penambahbaikan yang kecil berbanding Z3. Ianya sedikit lebih nipis, penukaran pemproses dan perubahan kosmetik beberapa port luaran. Skrin masih lagi FHD dan bukannya QHD seperti pesaing lain di pasaran. Tetapi ini mungkin tidak penting kerana peranti Xperia lebih dikenali dengan kemampuan optik yang baik, ketahanan air serta debu dan jangka hayat bateri yang lama.

 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2016 in Uncategorized

 

Mesin “ATM” Mengeluarkan Air Diperkenalkan Di Pakistan

Krisis air Lembah Kelang tahun lalu menyukarkan jutaan penduduk yang terkesan dengan pemotongan bekalan air secara berjadual. Jelas sekali sumber air bersih yang kita terima adalah sumber yang semakin berkurangan. Gabungan pemotongan kawasan tadahan air dan pembaziran oleh pengguna sendiri menyumbang kepada krisis air. Jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera masalah pemotongan air kerana kekurangan sumber akan menjadi sebahagian daripada rutin harian kita di masa hadapan. Di Pakistan masalah membekalkan air bersih pada jumlah yang sepatutnya adalah masalah yang sudah berdekad lamanya. Jutaan penduduk masih tidak mendapat bekalan air paip terus ke dalam tempat kediaman akibat kekurangan infrastruktur. Oleh itu paip air komuniti digunakan oleh mereka untuk mendapatkan sumber air setiap hari. Seperti di Malaysia masalah pembaziran masih berlaku. Oleh sebab itu mesin “ATM” yang mengeluarkan air dicipta. Sebanyak 20 mesin ATM air bertapis dari sumber bawah tanah ini akan dibina untuk kegunaan lebih 17000 penduduk. Sistem penapisan menggunakan kuasa solar sepenuhnya. Setiap keluarga akan menerima kad khas yang menghadkan penggunaan 30 liter air sehari. Dengan adanya “kredit air” pembaziran diharap dapat dihentikan. Dengan pemberian kad khas, pihak berkuasa tempatan akan mempunyai data lebih tepat penggunaan air setiap kawasan. Ini dapat membantu perancangan infrastruktur air dan kiosk ATM air lain di masa hadapan. Buat masa ini sistem ATM air ini diperkenalkan di tiga daerah di Punjab. Tiga kawasan ini dipilih kerana mempunyai masalah bekalan air bersih paling kritikal di seluruh Pakistan. Hanya 13% dari 98 Juta penduduk Punjab mempunyai akses kepada bekalan air paip di rumah. Mesin ATM mengeluarkan air mungkin kedengaran seperti sebuah idea gila. Tetapi tahukah anda dalam masa 30 tahun nilai setitik air akan menjadi lebih berharga dari setitik minyak. Letusan populasi dunia, pengurangan kawasan tadahan air, pencemaran dan cuaca dunia yang semakin huru hara akan membuatkan air bersih menjadi sumber semula jadi paling berharga tamadun manusia.

 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2016 in Uncategorized